1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Saat memandang madah ini di blog seorang teman,hati rasa tertarik.Lumrah alam...manusia sentiasa mengagumi keindahan ciptaan tuhan.Betapa hebatnya kuasaMu Yang Agung menjadikan satu rasa yang menggetarkan jiwa itu di dalam diri seorang manusia yang begitu kerdil.Namun hanya CINTA padamu sahaja yang kekal abadi..dan manusia tidak akan kecewa kerananya..
Salam Persahabatan
UmmuNajmi
Friday, June 26, 2009
Wednesday, June 24, 2009
Lama sungguh....
Salam...rasanya dah agak lama rumah ini terbiar tidak terurus....memang betul2 terbiar sampaikan menjenguk pun tidak..kalau rumah betul rasanya dah tumbuh lalang dan pokok renek..he..he..awal2 dulu memang excited dapat bina umah,malangnya bila siap je umah,ada pulak hal lain yang menyebabkan rumah ini terpaksa dibiarkan seketika..
Ha...inilah dia halnya....orang baru dalam keluarga kami...nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan..Syukur alhamdulillah,kerana setelah 2 tahun menanti akhirnya bertambah juga ahli keluarga kami.Segala dugaan semasa mengandung berakhir...
Ummi juga berterima kasih kepada nurse/sister2 wad 4b hkl yang membantu semasa proses melahirkan puteri kami ini..walaupun secara ceaserian tetapi segala layanan yang diberikan amat dihargai...amat bertuah ummi rasakan kerana pengalaman yang dilalui kali ini berbeza sekali semasa melahirkan anak yang pertama.rasanya mutu perkhidmatan di hkl telah meningkat.cewah..bagi komen pulak kan..tapi ummi rasa memang dah sepatutnya dari dulu lagi mereka patut buat perubahan...barulah pengguna berpuas hati
kali ni ummi berazam nak menyusukan baby ummi sepenuhnya susu badan...harapnya dapatlah sampai dia berumur 2 tahun...cumanya ummi risau coz susu yang dipam tak berapa banyak..camanelah nak buat stok bila dah kerja nanti...semalam dah bincang ngan hubby,dia pun risau gak...nampaknya lepas menggodek blog ni kenalah cari info camane nak banyakkan susu badan...
k lah nampaknya kena stop dulu...sambung lagi di next entry.adios
Salam Persahabatan..
Ummu Najmi

Saturday, April 25, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)