Wednesday, June 24, 2009

Lama sungguh....

Salam...rasanya dah agak lama rumah ini terbiar tidak terurus....memang betul2 terbiar sampaikan menjenguk pun tidak..kalau rumah betul rasanya dah tumbuh lalang dan pokok renek..he..he..awal2 dulu memang excited dapat bina umah,malangnya bila siap je umah,ada pulak hal lain yang menyebabkan rumah ini terpaksa dibiarkan seketika..






Ha...inilah dia halnya....orang baru dalam keluarga kami...nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan..Syukur alhamdulillah,kerana setelah 2 tahun menanti akhirnya bertambah juga ahli keluarga kami.Segala dugaan semasa mengandung berakhir...

Ummi juga berterima kasih kepada nurse/sister2 wad 4b hkl yang membantu semasa proses melahirkan puteri kami ini..walaupun secara ceaserian tetapi segala layanan yang diberikan amat dihargai...amat bertuah ummi rasakan kerana pengalaman yang dilalui kali ini berbeza sekali semasa melahirkan anak yang pertama.rasanya mutu perkhidmatan di hkl telah meningkat.cewah..bagi komen pulak kan..tapi ummi rasa memang dah sepatutnya dari dulu lagi mereka patut buat perubahan...barulah pengguna berpuas hati

kali ni ummi berazam nak menyusukan baby ummi sepenuhnya susu badan...harapnya dapatlah sampai dia berumur 2 tahun...cumanya ummi risau coz susu yang dipam tak berapa banyak..camanelah nak buat stok bila dah kerja nanti...semalam dah bincang ngan hubby,dia pun risau gak...nampaknya lepas menggodek blog ni kenalah cari info camane nak banyakkan susu badan...

k lah nampaknya kena stop dulu...sambung lagi di next entry.adios


Salam Persahabatan..

Ummu Najmi

No comments:

Post a Comment